Senarai Pengarah-Pengarah JPS Negeri Kedah Dari Dahulu Hingga Sekarang:
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran Kedah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan terhadap anda yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan fungsi-fungsi atau kegagalan untuk mengakses atau mengguna laman web ini, kepercayaan terhadap maklumat yang terkandung di dalam laman web ini, dan di dalam keadaan perkakasan, perisian gagal berfungsi, gangguan, kesilapan, tertinggal, kelewatan di dalam operasi dan sebagainya.
Bengkel Kualiti Data Hidrologi (Zon Utara Dan Timur)
Ditulis oleh Ahmad Zaki Osman
Selasa, 12 Mac 2013 18:32
Bengkel Kualiti Data Hidrologi (Zon Utara dan Timur), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah diadakan pada 12 Mac 2013 di Sentosa Regency Hotel, Alor Setar. Bengkel telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Ir. Hj. Hanapi bin Mohamad Noor.
Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 24 Mei 2013 22:51
Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah JPS Kedah
Ditulis oleh Ahmad Zaki Osman
Isnin, 25 Februari 2013 11:01
JPS Kedah telah mengadakan satu majlis perjumpaan dari kalangan kakitangan untuk bersama Pengarah, Tuan Haji Hj. Mohd Abu Bakar bin Othman, BCK, BCN, PJK.
Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 24 Mei 2013 23:14
Lawatan ke Pusat Informasi Sungai Perlis dan Empangan Timah Tasoh
Ditulis oleh Ahmad Zaki Osman
Isnin, 28 Januari 2013 08:49
Lawatan Pegawai JPS Ibu Pejabat dan JPS Daerah Kuala Muda ke Pusat Informasi Sungai Perlis dan Empangan Timah Tasoh pada 21 Januari 2013.
Taklimat Program 1 Negeri 1 Sungai oleh PPSN Perlis
Dalam galeri informasi
Seramai 14 orang pegawai unit sungai JPS Ibu Pejabat dan JPS Daerah Kuala Muda telah menyertai lawatan ini yang diketuai oleh Pn Norazela (Jurutera Kuala Muda).
Pusat Informasi Sungai Perlis dipilih sebagai lawatan pusat informasi yang pertama kerana telah memenangi johan bagi kategori pusat informasi pada hari sungai sedunia tahun 2011.
Aturcara :
10.00 pg Taklimat oleh PPSN Perlis
11.00 pg Lawatan di sekitar pejabat JPS Perlis, Dataran Sungai Perlis dan Pusat Informasi Sungai
12.30 tgh Taklimat di Empangan Timah Tasoh dan lawatan ke sekitar empangan
2.00 ptg Lawatan ke Gua Kelam (projek pengindahan sungai Gua Kelam)
Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 24 Mei 2013 23:16
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang ke Laman Web Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman. Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman merupakan salah satu media untuk memberi maklumat serta penghubung kepada rakyat Negeri Kedah akan fungsi dan peranan Jabatan ini.
Mereka yang ingin mengetahui aktiviti-aktiviti yang dirancang atau ingin mengajukan rayuan serta permasalahan setempat, bolehlah menyalurkannya terus melalui laman web ini. Dengan cara ini segala maklumat yang ingin disebarkan serta jawapan kepada persoalan tersebut dapat disalurkan dengan sepantas mungkin.
Terakhir dikemaskini pada Jumaat, 24 Mei 2013 22:18