AMANAT/PERUTUSAN TAHUN BARU 2021 PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

pengarah1 web1

Bismillahi-rahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita diberi kesempatan untuk bersama-sama melangkah ke gerbang Tahun Baharu 2021. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga kerja Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah) yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun lalu. Selamat menyambut Tahun Baharu 2021 kepada seluruh warga kerja JPS Kedah.

Saban tahun kita menyambut tahun baharu dengan melakukan muhasabah untuk menilai kejayaan yang telah dicapai mahupun rintangan yang ditempuh. Mudah-mudahan kedatangan tahun 2021 ini, disambut dengan satu tekad dan dengan niat yang ikhlas untuk kita bekerja keras secara berpasukan dan semangat yang kental. Pada tahun ini, Jabatan akan melaksanakan pelbagai program dan berdoa supaya ALLAH S.W.T permudahkan semua perancangan kita.

Tahun 2020 merupakan tahun yang penuh bersejarah buat kita dengan pelbagai kejayaan dan kecemerlangan. Kejayaan kita dalam mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan adalah sesuatu yang amat membanggakan. Kita juga perlu menitikberatkan kod dan etika penjawat awam seperti kehadiran bertugas, ketepatan masa, tadbir urus dan budaya integrity dalam perkhidmatan.

Akhir kata saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2021 kepada semua warga JPS Kedah. Semoga tahun 2021 akan menjadikan kita seorang penjawat awam yang lebih cemerlang, berinovatif dan berdedikasi serta penuh tanggungjawab. Semoga dengan niat suci kita Allah akan membimbing kita mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2021.

Sekian, Wassalam.

Ir. HAJI MD. KHUZAI BIN HUSSAIN, BCK.

Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman


Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-733 3433
Fax : +60 4-731 4011
Email : pro[at]didkedah[dot]gov[dot]my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.45s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 12 Februari 2021