Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DSC_5027.jpgDSC_5029.jpgDSC_5031.jpgDSC_5038.jpgDSC_5043.jpgDSC_5044.jpgDSC_5048.jpgDSC_5050.jpgDSC_5053.jpgDSC_5054.jpgDSC_5058.jpg

 

SESI TAKLIMAT TEKNIKAL PRODUK INOVASI "NAHRIM HYDRAULIC MARKER (NHM)" OLEH PIHAK PEMBEKAL
Satu sesi taklimat teknikal berkenaan produk inovasi “Nahrim Hydraulic Marker” telah diberikan oleh pembekal dari Syarikat Faja Rizq Sdn Bhd pada 1 Februari 2024. Produk inovasi ini mampu memberikan maklumat pantas berkenaan paras banjir, perincian lokasi, penanda aras bumi sementara, arah aliran badan air berserta LED untuk keselamatan waktu gelap, penanda pelbagai badan air, kod QR untuk laporan dan aduan secara atas talian dan kamera penderia pergerakan.
Produk HNM adalah produk inovasi penanda rizab pintar yang digunapakai dan dilengkapi dengan ciri-ciri pelbagai fungsi untuk keperluan penguatkuasaan dan pemantauan yang lebih menyeluruh. Produk ini sesuai digunapakai di badan-badan air seperti sungai, tasik, saliran, empangan dan pantai.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengarah Syarikat kepada pihak Pengurusan JPS Kedah yang terdiri dari Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah di JPS Kedah.
#JPSKedah
#JPSMalaysia
#jayakanperkhidmatansempurna



User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

Tn. Pengarah JPS Kedah, Ahmad Solihin bin Budarto telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YB. Dato' Haji Mohd Fauzi Bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Negeri Kedah pada 30 Januari 2024.Tn. Pengarah JPS Kedah, Ahmad Solihin bin Budarto telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YB. Dato' Haji Mohd Fauzi Bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Negeri Kedah pada 30 Januari 2024.

#JPSKedah
#JPSMalaysia
#JayakanPerkhidmatanSempurna

 


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

WhatsApp Image 2024-01-16 at 15.47.25_cd3dae1a.jpggaaa (1).jpgDSC_4022.JPGDSC_4015.JPGDSC_4007.JPGDSC_3991.JPG

LAWATAN YB MENTERI DALAM NEGERI MERANGKAP PENGERUSI BERSAMA MAJLIS TINDAKAN PEMBANGUNAN NEGERI (MTPNg) KEDAH KE PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI KEDAH/SUNGAI ANAK BUKIT, KEDAH DARUL AMAN

Pada 15 Januari 2024, YB Dato Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri Merangkap Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kedah telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Sungai Anak Bukit, Kedah Darul Aman.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM, YM Raja Muhammad Azhan Shah bin Raja Muhammad, YBhg. Dato’ Nik Azhan Hakim Bin Nik Mahmood, Penasihat Undang-undang Negeri Kedah Darul Aman dan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Puan Zaiton Binti Yahya, Pengarah Bahagian Korporat JPS Malaysia, Ir. Norlida binti Mamad@Samad serta pegawai-pegawai daripada JPS Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah.

Rombongan telah disantuni oleh Tn. Pengarah JPS Kedah, YBrs. En. Ahmad Solihin bin Budarto, Timbalan Pengarah JPS Kedah, Jurutera Daerah Kota Setar/Pendang/Yan, Jurutera Daerah Kubang Pasu/Padang Terap, Jurutera Pejabat Projek Persekutuan (PPP) dan Pegawai-Pegawai JPS Kedah. Taklimat berkenaan latar belakang dan status pelaksanaan projek telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Projek Khas (BKP), JPS Malaysia, Ir. Mat Pua’at bin Mat Husain.

Sejurus taklimat, YB Dato Seri Saifuddin Nasution dan rombongan dibawa melawat ke tapak projek pembinaan RTB Sungai Kedah/Sungai Anak Bukit. Penerangan berkenaan isu dan permasalahan di tapak telah diberikan oleh Jurutera PPP, J41 En. Kamaruddin bin Shahimi.

 

#JPSKedah
#JPSMalaysia
#JayakanPerkhidmatanSempurna


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Mesyuarat Jawatan kuasa Pemantauan Program  Pembangunan (JPPP) Persekutuan dan JPS Kedah Bil 1/2024 telah diadakan pada 29 Januari 2024 di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah.Mesyuarat Jawatan kuasa Pemantauan Program  Pembangunan (JPPP) Persekutuan dan JPS Kedah Bil 1/2024 telah diadakan pada 29 Januari 2024 di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kedah.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn. Pengarah JPS Kedah, Ahmad Solihin Bin Budarto dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Pengairan, Saliran Pertanian dan Pantai),  Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah dan Pejabat Projek Persekutuan di JPS Kedah. Mesyuarat ini membincangkan prestasi kemajuan perbelanjaan peruntukan pembangunan Persekutuan dan Negeri sehingga 31 Dis 2023 serta perancangan kerja bagi Peruntukan Persekutuan dan Negeri tahun 2024.
#JPSKedah
#JPSMalaysia
#JayakanPerkhidmatanSempurna


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DSC_1249.jpgDSC_1265.jpgDSC_1273.jpgDSC_1200.jpgDSC_1209.jpgDSC_1220.jpgDSC_1223.jpgDSC_1225.jpgDSC_1237.jpgDSC_1239.jpg

PAMERAN DI PROGRAM KARNIVAL KUALA NERANG SEJAHTERA & KEMPEN SAYANGI ALAM SEKITAR DAN AIR, KUALA NERANG KEDAHPAMERAN DI PROGRAM KARNIVAL KUALA NERANG SEJAHTERA & KEMPEN SAYANGI ALAM SEKITAR DAN AIR, KUALA NERANG KEDAH
Pada 23 Disember 2023, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah telah menyertai Pameran di Program Karnival Kuala Nerang Sejahtera & Kempen Sayangi Alam Sekitar dan Air bertempat Dataran Putra, Kuala Nerang Kedah Darul Aman. 
Program ini telah disempurnakan oleh Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ADUN Kuala Nerang,  YB Hj. Mohamad Yusoff@ Munir Bin Hj Zakaria.
Antara aktiviti yang diadakan adalah Fun Run & Fun Walk, mini pameran agensi, pemeriksaan kesihatan percuma, forum Kuala Nerang Berselawat, pameran motosikal klasik, gerai jualan, pertandingan mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah dan kuiz.
JPS Kedah turut serta menjayakan mini pameran dalam program tersebut dengan mempamerkan produk Inovasi EasyTouch MLT.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat atas kejayaan menganjurkan Program Karnival Kuala Nerang Sejahtera & Kempen Sayangi Alam Sekitar dan Air.


Subcategories

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023