Piagam Pelanggan

Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi dan mengurus sumber air untuk kelestarian ekonomi, alam sekitar dan kualiti hidup.

Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan:

1) Memberi maklum balas terhadap sebarang aduan dan pertanyaan awam menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berkenaan dengan masalah sumber air seperti banijr, sungai, pantai dan sistem saliran dalam masa lima belas (15) hari bekerja.

2) Memberi hebahan ramalan dan amaran banjir monsun seawal dua (2) hari di lembangan sungai yang telah siap model ramalan tertakluk kepada data meteorologi kepada agensi berkaitan bencana banjir

3) Memberi ulasan teknikal terhadap permohonan lengkap EIA, pembangunan dan pemajuan tanah, penebus guna tanah untuk sektor perumahan, perindustrian, komersial dan pertanian dalam tempoh satu (1) bulan.

4) Membekal data dan maklumat hidrologi kurang dari 10 stesen dan 10 tahun kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dengan lengkap dan sempurna seperti berikut ;-

  1. a) Data Hujan (Rainfall)
  2. b) Data Paras Air (Water level)
  3. c) Data Luahan Sungai (Discharge)
  4. d) Data Lengkung Luahan (Stage-Discharge Curve)
  5. e) Data Sejatan (Evaporation

5) Memastikan ketersediaan capaian portal Jabatan adalah 95%

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023