KURSUS KESEDARAN ALAM SEKITAR SERTA PROSIDUR PERMOHONAN, PENGAMBILAN DAN PENGELUARAN PASIR KEPADA PENGUSAHA DAN OPERATOR PASIR DI NEGERI KEDAH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
TARIKH KURSUS: 15 Februari 2015 (Ahad)
MASA: 8.00 pagi hingga 5.30 petang
YURAN: Yuran sebanyak RM300.00 seorang dan perlu dibayar pada hari pendaftaran.
(Bayaran ini merangkumi nota, fail kursus, sijil, penggunaan bilik seminar, makan dan minum)
TEMPAT KURSUS: Tingkat 12, Bangunan Sultan Abd. Halim, Alor Setar Kedah

 

PENGENALAN

Dalam tahun – tahun kebelakangan ini, pembangunan yang pesat  telah membawa kepada permintaan yang meningkat. Ini telah menyebabkan banyak permohonan untuk aktiviti perlombongan pasir sungai dan darat diterima oleh Pejabat Tanah & Galian Negeri dan Pejabat Tanah. Setiap permohonan tersebut kemudiannya akan dipanjangkan kepada Jabatan – Jabatan yang berkaitan seperti JPS, JKR, SADA, LSAN, JAS, JPBD, JMG dan lain – lain untuk memberikan ulasan berdasarkan prosidur – prosidur yang telah ditetapkan samada menyokong atau sebaliknya sebelum diberikan kelulusan dengan bersyarat.

Kegagalan pengusaha dan operator pasir mematuhi syarat – syarat teknikal yang telah ditetapkan semasa menjalankan operasi kuari pasir ini telah menyebabkan berlakunya  kemerosotan morfologi sungai seperti hakisan dan ketidakstabilan  tebing sungai, hakisan dasar sungai, pencerobohan zon penampan sungai dan tanah jiran bersebelahan, kerosakan pada persekitaran sungai, mendapan di bahagian saluran pengambilan air dan lain – lain struktur sungai serta kemerosotan kualiti air sungai.

Ini berkemungkinan disebabkan pengusaha dan operator pasir kurang memahami tentang pentingnya penjagaan alam sekitar khususnya persekitaran sungai serta kesan kepada struktur-struktur awam apabila mereka melanggar syarat-syarat yang dikenakan. Sehubungan itu, terdapat satu keperluan yang mendesak oleh Kerajaan Negeri untuk membuat penambahbaikan kepada operasi kuari pasir di Kedah yang meliputi aspek perancangan, pendidikan / kesedaran alam sekitar serta penguatkuasaan dalam menangani masalah–masalah dan isu–isu yang timbul.

 

TUJUAN DAN OBJEKTIF

  • Pengusaha dan operator pasir akan diberi penekanan tentang kesedaran terhadap alam sekitar di samping aspek–aspek yang boleh mencemarkan dan memberi impak negatif yang ketara terhadap alam sekitar kesan daripada operasi kuari pasir ini.
  • Pengusaha dan operator pasir akan diberikan penekanan kepada skop yang lebih jelas dengan elemen kebertanggungjawaban  serta amalan pengurusan yang terbaik dalam menjalankan aktiviti pengambilan pasir berdasarkan kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh jabatan-jabatan. Penekanan pada isu – isu pengambilan pasir di dalam saluran sungai dan di daratan serta kesan – kesan sampingan dari aktiviti tersebut akan juga didedahkan bagi memastikan tiada berlaku pencemaran air sungai, kerosakan harta benda awam dan orang ramai.
  • Penekanan juga akan diberikan terhadap prosidur – prosidur oleh Jabatan – Jabatan yang berkaitan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha – pengusaha kuari pasir semasa membuat permohonan, dokumen – dokumen yang perlu dikemukakan dan syarat – syarat teknikal sebelum melayakkan mereka untuk membuat permohonan bagi pengambilan dan pengeluaran pasir di Negeri Kedah.
  • Syarat atau prosidur yang perlu kepada semua pengusaha dan operator pasir bagi membolehkan serta melayakkan mereka untuk memohon dan menjalankan kerja – kerja pengambilan dan pengeluaran pasir sungai dan darat di Negeri Kedah.

 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai kursus ini boleh berhubung dengan pegawai – pegawai seperti berikut:

1.    Hjh Maimunah binti Abu Hassan Ashaari
2.    Encik Lee Keat Hock
3.    Puan Noor Afza binti Adnan

di talian 04 – 7333433

URUSETIA
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah
Tingkat 9, Bangunan Sultan Abdul Halim
Jalan Sultan Badlishah
Alor Setar


Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023