Kempen Penjagaan Alam Sekitar

Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk menyedarkan rakyat tentang betapa pentingnya penjagaan alam sekitar dan menjadi budaya rakyat Malaysia. Salah satu program yang dirancang bagi mencapai matlamat ini ialah satu kempen kesedaran yang dijalankan bersama ADUN dan Ahli Parlimen.

Jabatan Pengairan dan Saliran Langkawi telah mengorak langkah sebagai pembuka tirai 2008 dengan merancang satu kempen kesedaran penjagaan alam sekitar. Pada 1/1/2008 Jabatan Pengairan Dan Saliran Langkawi telah mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh ADUN Kuah Yang Berhormat Dato Ir. Haji Nawawi bin Ahmad dan dihadiri oleh pelbagai jabatan dalam Daerah Langkawi.

Di antara program yang dicadangkan termasuklah khutbah Jumaat yang menekankan pentingnya penjagaan alam sekitar dari aspek tuntutan agama dan tanggung jawab terhadap alam sekitar, dan juga satu Forum Perdana juga dirancang yang bakal diadakan di perkarangan masjid A'ishah yang mana topik yang akan dibahaskan adalah berkaitan dengan masaalah yang sama.

Di samping itu juga program gotong royong perdana juga akan diadakan dengan melibatkan penduduk sekitar, pihak NGO dan kaki-tangan kerajaan. Program tersebut bakal diadakan di penghujung bulan Januari dan tarikh akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang. Jabatan Pengairan dan Saliran sangat berharap progran ini dapat menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya penjagaan alam sekitar sebagai warisan yang akan ditinggalkan kepada generasi akan datang.