


Lawatan tapak oleh YB Pegawai Kewangan Negeri Kedah dan Pegawai-pegawai dari Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah bersama-sama dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pejabat Daerah Kubang Pasu.
Lawatan dimulai dengan melawat ke Daerah Kota Setar bagi progress penyenggaraan Jalan Taman Flora ke Pekan Alor Janggus. Projek ini dalam seliaan JPS dibawah Projek Penyenggaraan Jalan Mada fasa 2.
Lawatan diteruskan lagi ke tempat seterusnya iaitu Daerah Kubang Pasu. YB PKN dan juga semua Pegawai Jabatan membuat lawatan ke tempat yang terkesan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini di Negeri Kedah yang mengakibatkan jalan serta jambatan rosak dan tidak boleh digunakan lagi oleh penduduk sekitar. Jalan dan jambatan yang terkesan adalah di Kampung Belukar/Kampung Padang Panjang/Kampung Perik (K16) dan di jalan Napoh/Wang Perah (K301).
Selesai lawatan ke Kawasan tersebut, lawatan diteruskan ke Gua Kerbau bagi melihat prasarana dan keperluan infrastruktur sekeliling yang perlu ditambah baik. Penambahbaikan ini perlu bagi menarik lebih ramai pelancong untuk melawat Gua Kerbau secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi setempat.
Lawatan terakhir ialah melawat jalan mini tar Kampung Permatang Bonglai, Mukim Jerlun, Negeri Kedah. Jalan ini akan dibaiki dalam masa terdekat dan akan memberi manfaat kepada pengguna jalan tersebut.
YB Pegawai Kewangan Negeri komited dalam memastikan semua kerja yang sedang dilaksanakan atau belum dilaksanakan haruslah dilakukan dengan sebaik yang mungkin dalam masa yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan rakyat Negeri Kedah.