Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah menganjurkan sesi penyelarasan dan kesiapsiagaan menghadapi monsun timur laut (MTL) bertempat di Dewan Muhammad Adib, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

2b4bb94d-528c-4934-9367-cc7ac6651c32.jpge6ca5f16-1da9-44c3-bd92-83e0b6534359.jpga03c0572-696f-47d2-bccc-06fdd784b35d.jpg2414bb79-716f-4e32-b0cc-e978432a7abf.jpg898adc35-57f9-4078-af41-d6dc6037eb84.jpg61d67f7f-9608-421d-9cbd-0bc4305ee60a.jpg5e8247cb-e1c8-4445-baba-b466f3f18ea6.jpg

Pada 16 November 2022 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah menganjurkan sesi taklimat penyelarasan dan kesiapsiagaan menghadapi monsun timur laut (MTL) bertempat di Dewan Muhammad Adib, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.
Antara agensi berkaitan pengurusan bencana negeri yang dijemput hadir memberikan taklimat adalah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Jabatan Meteorologi Negeri Kedah dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Pegawai Hidrologi Negeri, En Mohd Affrizal bin Amran telah hadir memberikan taklimat berkenaan operasi dan kesiapsagaan JPS ketika monsun timur laut (MTL) kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan seluruh warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah.
Selain sesi taklimat, program ini juga membuka peluang kepada sesama agensi berkaitan pengurusan bencana untuk berkongsi maklumat, pendapat dan cadangan bagi memperkemaskan lagi koordinasi antara agensi ketika menjalankan operasi banjir khususnya di negeri Kedah.

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-733 3433
Fax : +60 4-731 4011
Email : pro[at]didkedah[dot]gov[dot]my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 September 2021