Lawatan Teknikal YB. EXCO Kerja Raya, Tenaga, Bekalan Air, Sumber Air, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, YB. Hj. Mohammad Yusoff @ Munir Bin Hj. Zakaria ke Projek Pengairan JPS Daerah Padang Terap, Kedah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

316413776_507726074714316_5539472570767120145_n.jpg316413017_507725708047686_8347152702545848582_n.jpg316412437_507725704714353_8155030635223515505_n.jpg316411819_507726181380972_8787813267342253604_n.jpg316410475_507725591381031_4280637832419941541_n.jpg316410332_507725941380996_3957706393302852133_n.jpg316279342_507725674714356_6402101359711383485_n.jpg316808505_507726134714310_3929738337971011475_n.jpg316425509_507725588047698_3856332142106831592_n.jpg316418387_507725828047674_1130938877808428013_n.jpg316417849_507725971380993_4389405130331899669_n.jpg316417805_507726024714321_1904612435423389352_n.jpg316417763_507725564714367_7862927141539331956_n.jpg316416148_507725901381000_5541277839198186328_n.jpg

Lawatan Teknikal YB. EXCO Kerja Raya, Tenaga, Bekalan Air, Sumber Air, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, YB. Hj. Mohammad Yusoff @ Munir Bin Hj. Zakaria ke Projek Pengairan JPS Daerah Padang Terap, Kedah
YB. Exco Kerja Raya, Tenaga, Bekalan Air, Sumber Air, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Hj. Mohammad Yusoff @ Munir Bin Hj. Zakaria telah mengadakan lawatan teknikal pada 23 November 2022 ke kawasan sekitar Skim Pengairan Carok Kejal dan Skim Pengairan Kurong Hitam Daerah Padang Terap. YB Exco meninjau struktur-struktur pengairan JPS iaitu di Ibu Bekalan Kg Sena, Ibu Bekalan Kg. Dalam dan sekitar kawasan berhampiran yang terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan luar jangka dan musim peralihan Monsun Timur Laut (MTL).
YB. Exco juga turut meninjau lintasan yang dibina oleh individu yang menjadi salah satu punca masalah banjir di kawasan Kg. Perik. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Jurutera Daerah JPS Kubang Pasu/Padang Terap, Hjh. Maimunah bt Abu Hassan Ashaari. Turut bersama semasa sesi lawatan tersebut ialah Pengarah JPS Negeri Kedah, Pengarah LSANK, Pegawai BPEN, pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Padang Terap, Jurutera serta pegawai-pegawai dari JPS Daerah Kubang Pasu serta penduduk kampung.
Hasil lawatan tersebut, beberapa cadangan untuk penambahbaikan akan dilaksanakan oleh pihak JPS bersama agensi dan jabatan berkenaan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan terlibat.

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023