LAWATAN KERJA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN (MAFI) KE PROJEK SKIM PEMINDAHAN AIR JENIANG (SPAJ)
Satu Lawatan kerja Bahagian Pembangunan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Puan Safida Zalma binti Mohd Piah ke Projek Skim Pemindahan Air Jeniang (SPAJ) telah diadakan pada 23 November 2022. Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengarah Bahagian Pengairan & Saliran Pertanian (BPSP, MAFI), Encik Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Pengurus Besar MADA, Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli, Ir Shardani bin Salleh, Timbalan Pengarah Operasi JPS Negeri Kedah dan juga pegawai-pegawai dari MAFI, BPSP, JPS Negeri Kedah dan MADA.
Satu taklimat berkenaan pelaksanaan projek SPAJ telah diberikan oleh Puan Marziah binti Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPSP MAFI dan Puan Khaliza Binti Sedek, Ketua Penolong Pengarah JPS Negeri Kedah. Satu perbincangan berkenaan isu pelaksanaan projek juga telah diadakan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan. Rombongan juga telah dibawa melawat tapak projek SPAJ Fasa 1 yang telah siap pada 4 Julai 2022 yang melibatkan pembinaan ampang jajar dan muka sauk.