Lawatan kerja Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU JPM) ke Projek-projek Rolling Plan ke 2 RMke-12 Daerah Padang Terap pada 12 Dis 2022

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

319399878_701355691411164_2728538073091867136_n.jpg320143820_683683039932814_3490655916044135751_n.jpg319973497_6194664470577629_941718467333353684_n.jpg319672513_695210288843966_3120181336777054081_n.jpg

Lawatan kerja Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU JPM) ke Projek-projek Rolling Plan ke 2 RMke-12 Daerah Padang Terap pada 12 Dis 2022. Pihak ICU JPM telah melawat Projek Menaiktaraf Infrastruktur Pengairan Dan Saliran dan Kerja-kerja Lain Berkaitan di Skim Pengairan Luar Jelapang Daerah Padang Terap.
Status projek ini adalah dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada 17 Januari 2023. Kemajuan fizikal projek ini telah mencapai 97% dan mendahului jadual 2%. Projek ini akan memberi manfaat kepada petani di kawasan Skim Pengairan Kurung Hitam, Skim Pengairan Charuk Kejal dan Skim Pengairan Bendang Raja Janning.
Lawatan ini dihadiri oleh Jurutera Daerah JPS Kubang Pasu/Padang Terap, Ketua Penolong Pengarah, JPS Negeri Kedah, Penolong Jurutera Daerah dan Penolong Jurutera JPS Daerah Kubang Pasu. Manakala ICU JPM diwakili oleh Puan Ismalaila bt Ismauddin, Ketua Penolong Pengarah, En. Mohamad Syamil b. Saufuddin, Penolong Pengarah dan En. Umar Ali Saifuddun bin Samsudin, Penolong Jurutera. Jurutera Daerah telah memberi taklimat ringkas berkenaan pelaksanaan projek ini.


Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023