HEBAHAN NOTIS KESIAPSIAGAAN KEMUNGKINAN BANJIR KILAT (DALAM TEMPOH 24 JAM)
DIKELUARKAN PADA: 14 DISEMBER 2022 (4.00 PETANG)
Berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia, terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat/ribut petir yang signifikan berlaku.
Negeri-negeri yang terlibat adalah Johor, Kedah, Pahang, Perak dan Pulau Pinang.
Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari
semasa ke semasa.
HEBAHAN NOTIS KESIAPSIAGAAN KEMUNGKINAN BANJIR KILAT (DALAM TEMPOH 24 JAM) DIKELUARKAN PADA: 14 DISEMBER 2022 (4.00 PETANG)
- Aliff
- BERITA
- Hits: 561