LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT EXCO KERJA RAYA, TENAGA, BEKALAN AIR, SUMBER AIR, PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH KE JPS KEDAH PADA 18 DISEMBER 2022

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 DSC_7124.jpgDSC_7119.jpgDSC_7112.jpgDSC_7093.jpegDSC_7092.jpgDSC_7079.jpgDSC_7075.jpgDSC_7053.jpgDSC_7047.jpgDSC_7041.jpgDSC_7039.jpgDSC_7017.jpgDSC_7011.jpgDSC_6991.jpgDSC_6987.jpgDSC_6981.jpgDSC_6967.jpgDSC_6958.jpgDSC_6957.jpgDSC_6946.jpgDSC_6942.jpgDSC_6928.jpgDSC_6920.jpgDSC_6919.jpgDSC_6903.jpgDSC_6897.jpg

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT EXCO KERJA RAYA, TENAGA, BEKALAN AIR, SUMBER AIR, PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH KE JPS KEDAH PADA 18 DISEMBER 2022

Yang Berhormat Hj. Mohammad Yusoff @ Munir Bin Hj. Zakaria, Exco Kerja Raya, Tenaga, Bekalan Air, Sumber Air, Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja ke JPS Negeri Kedah pada 18 Disember 2022. Turut mengiringi Yang Berhormat ialah Penolong Pengarah BPEN, En. Mohammad Khairol Akmal bin Adnan. Kehadiran Yang Berhormat disambut oleh Tuan Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Hj. Nasser bin Salim dan semua barisan pengurusan tertinggi JPS Negeri dan daerah.

Pihak Jabatan berbesar hati mengalu-alukan dan berbangga kerana terpilih menjadi salah satu jabatan yang dikunjungi di bawah portfolio Yang Berhormat. Tuan Pengarah JPS Negeri Kedah berucap memperkenalkan semua barisan pengurusan tertinggi JPS Negeri dan daerah serta menerangkan peranan yang dimainkan oleh warga kerja JPS Negeri Kedah.

Antara intipati Yang Berhormat dalam ucaptama kepada JPS adalah memastikan semua kakitangan bekerja dengan lebih semangat, profesional dan pantas untuk membantu rakyat negeri Kedah. Yang Berhormat turut menekankan supaya projek sedia ada dapat diteruskan demi kemaslahatan rakyat tanpa mengira sentimen dan ideologi politik. Yang Berhormat juga menzahirkan ucapan terima kasih atas segala usaha JPS Kedah selama ini dalam membantu rakyat menangani masalah banjir khususnya. Semoga ini dapat memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat Negeri Kedah dalam menjalani kehidupan seharian.

Seterusnya, sesi taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan), Ir. Mohamad Suaimi Bin Ramli. Beliau menerangkan secara terperinci visi, misi, organisasi serta peranan yang dimainkan oleh Jabatan antaranya hal-hal berkaitan pengurusan sungai, tebatan banjir, zon pantai, saliran bandar dan juga pengairan dan saliran pertanian.

Selain itu, beliau juga membentangkan  projek-projek yang diluluskan dan sedang dilaksanakan dalam RP2 RMK12  serta permohonan projek dalam RP3 RMK12. Turut dibentangkan adalah projek-projek di bawah Peruntukan Pembangunan Negeri serta kejayaan dan pencapaian JPS Negeri Kedah untuk tahun 2022.

Jabatan sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat berkunjung ke JPS Negeri Kedah.

#JPSMalaysia

#jayakanperkhidmatansempurna


Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023