MAJLIS PERJUMPAAN DAN AMANAT TUAN PENGARAH JPS KEDAH BERSAMA PEGAWAI & KAKITANGAN JPS KEDAH PADA 12 JANUARI 2023

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

324439601_833657291135994_8234470492450375846_n.jpg324418044_715270073332060_1703743180669780743_n.jpg324343445_2290254267802203_4881000897321656405_n.jpg323888549_1394606237945160_3911988158319883001_n.jpg323636441_1858767011155730_4672077231344860112_n.jpg323630552_508604314696254_2431693494146685180_n.jpg323452059_1325472221631614_5666044976715740350_n.jpg323426018_495933965999059_1809096041732574483_n.jpg323421162_1153077332077932_6732530172469914485_n.jpg323408792_878343696827385_8724004374820856301_n.jpg323380070_1389739848229619_5451236230216324320_n.jpg323358097_707431637658126_3257313761892080576_n.jpg323287066_500387282228475_1709915212993062593_n.jpg323245739_6632137223467674_8601317508877173049_n.jpg323227672_704196311345012_6418294527294591774_n.jpg322877807_856358415448413_9175592148333442484_n.jpg322873055_1334944540415888_4079699981957731389_n.jpg322605753_1162313857821783_2797887183712801391_n.jpg322414160_707244980782199_3208019196770432712_n.jpg325778286_3279648448953385_824392483055795338_n.jpg325602592_1407766570032755_1153267600789705141_n.jpg325598056_511915361030459_314172421556233433_n.jpg325496160_493019612955605_8863047014256957576_n.jpg325470566_587934946483588_5032279522820797444_n.jpg325394432_436202818636356_1973088814158678891_n.jpg325333734_727973031995373_3619910275159753649_n.jpg324931543_573679351241459_4766021797866515659_n.jpg324879781_1371638896998136_9107596066581836167_n.jpg324868936_1495251517667667_3472917318623168636_n.jpg324737214_542139337933614_4962562806059693233_n.jpg324726269_876741323444190_6761950279543133020_n.jpg324719357_494990015889884_2387354010387193827_n.jpg324580003_1329830534461563_2968934649170537276_n.jpg

MAJLIS PERJUMPAAN DAN AMANAT TUAN PENGARAH JPS KEDAH BERSAMA PEGAWAI & KAKITANGAN JPS KEDAH PADA 12 JANUARI 2023
Majlis Perjumpaan Dan Amanat Tahun Baru Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah Tahun 2023 telah diadakan pada 12 Januari 2023 bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Anak Bukit, Kedah. Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan JPS Negeri Kedah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamatkan Sultan dan Lagu Perkhidmatan Awam. Seterusnya Ikrar Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah BPME, Ir. Ts. Muhammad Afif bin Halim.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi), Ir. Shardani bin Salleh dan Timbalan Pengarah (Pembangunan), Ir. Mohamad Suaimi bin Ramli. Antara pengisian movitasi yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) ialah 6 perkara dalam meningkatkan prestasi kerja dan 5 ciri-ciri penjawat awam yang berjaya. Manakala Timbalan Pengarah (Pembangunan) dalam ucapannya menyeru semua kakitangan untuk meningkatkan kompetensi skop kerja mengikut gred masing-masing. Selain itu, Timbalan turut menekankan setiap bahagian dan daerah perlu lebih berhati-hati dan telus dalam membuat keputusan terutama berkenaan pembangunan tanah dan ulasan teknikal yang mungkin boleh meninggalkan implikasi pada masa akan datang.
Majlis diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Tn Pengarah JPS Kedah, Ir. Hj. Nasser bin Salim. Antara intipati amanat yang telah diberikan oleh Tuan Pengarah JPS Kedah ialah:
1) Menyeru semua pegawai dan kakitangan supaya terus bekerja dengan lebih optimis, iltizam, bersungguh-sungguh dan berdedikasi tanpa mengira sentimen politik.
2) Memaklumkan tahun 2022 Negeri Kedah berdepan dengan pelbagai ujian seperti banjir puing di Kg Iboi, Baling dan banjir kilat di daerah-daerah. Tindakan jangka pendek & jangka panjang telah dirancang dan diusahakan oleh JPS bagi mengurangkan kejadian banjir menggunakan peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
3) Mengumumkan kejayaan prestasi pembelanjaan Pembangunan melibatkan peruntukan Persekutuan dan Negeri.
4) Mengumumkan kejayaan pelaksanaan projek siap yang mempunyai KPI berimpak tinggi pada tahun 2022
5) Memaklumkan pencapaian dan kejayaan JPS Kedah dalam semua Program, Lawatan, Pertandingan Inovasi dan Sukan.
6) Usaha Jabatan dalam membantu Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan hasil keterjaminan makanan melalui perlaksanaan projek-projek menaiktaraf skim pengairan.
7) Perancangan semula struktur organisasi Jabatan yang melibatkan keputusan dan implikasi kewangan Kerajaan Negeri . Isu kekurangan staf di peringkat daerah juga telah diambil perhatian serius dan dibawa berbincang di peringkat Bahagian Sumber Manusia (BSM), SUK Kedah.
Sebelum berakhirnya Majlis, semua pegawai dan kakitangan diserikan dengan tayangan montaj berkenaan sambutan 90 tahun penubuhan JPS dan pencapaian & kemajuan JPS Kedah sepanjang tahun 2022.
Semoga semua pegawai dan kakitangan JPS Kedah dapat mengekalkan momentum kejayaan yang dicapai pada tahun 2022 dan meneruskan lagi usaha-usaha kecemerlangan pada tahun 2023 ini.

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023