JPS Kedah telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) JPS Malaysia Bil 1/2023 pada 25 hingga 26 Januari 2023 di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Kedah.
Mesyuarat JPPP Bil 1/2023 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Ir Sabri bin Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia dan telah dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri.
Sesi lawatan tapak ke Projek Pengawalan Hakisan Pantai Pasir Hitam, Mukim Ayer Hangat Langkawi turut diadakan pada hari kedua setelah selesainya Mesyuarat. Pegawai-pegawai yang hadir telah diberikan taklimat berkenaan status semasa perlaksanaan projek oleh Ketua Penolong Pengarah BPSP JPS Kedah, Pn Khaliza bt Sedek dan dibawa melawat ke tapak projek Pantai Pasir Hitam.
#JPSMalaysia
#JayakanPerkhidmatanSempurna