LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK DI BAWAH PROGRAM JANA EKONOMI PEMERKASAAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA BERWIBAWA (JANAWIBAWA)
YBrs. Puan Nurul Izzah binti Anwar, Penasihat Kanan Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia/Menteri Kewangan telah mengadakan lawatan Pemantauan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pendang-Menaiktaraf Terusan Selatan, Sungai Pendang Dan Struktur-Struktur Serta Kerja Berkaitan pada 8 Februari 2023.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Unit Laksana, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (NRECC), Bahagian Pengurusan Banjir (BPB) dan Bahagian Korporat JPS Malaysia.
Rombongan telah disambut oleh Tn. Pengarah JPS Kedah, Ir. Hj. Nasser bin Salim, Timbalan Pengarah JPS Kedah, Jurutera Projek, Jurutera Daerah Kota Setar/Pendang/Yan, Pegawai-Pegawai JPS Kedah, Perunding dan Kontraktor Utama. Taklimat berkenaan latar belakang dan status pelaksanaan projek telah disampaikan oleh Tn. Jurutera Projek Pejabat Projek Persekutuan (PPP), En Amir Budiman bin Abdullah. Projek yang bermula pada 12 November 2021 dijangka siap pada bulan November 2025 dengan anggaran kos sebanyak RM156 juta.
Sejurus taklimat, YBrs. Puan Nurul Izzah dan rombongan dibawa melawat ke tapak projek pembinaan RTB Sungai Pendang bagi meninjau dan memantau perkembangan terkini perlaksanaan projek.
#NRECC
#JPSMalaysia
#JayakanPerkhidmatanSempurna