Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

DSC_2765-min.JPGDSC_2734-min.JPGDSC_2729-min.JPGDSC_2724-min.JPGDSC_2713-min.JPGDSC_2709-min.JPGDSC_2694-min.JPGDSC_2679-min.JPGDSC_2664-min.JPGDSC_2656-min.JPGDSC_2643-min.JPGDSC_2634-min.JPGDSC_2623-min.JPGDSC_2599-min.JPGDSC_2584-min.JPGDSC_2582-min.JPGDSC_2577-min.JPGDSC_2511-min.JPGDSC_2508-min.JPGDSC_2482-min.JPGDSC_2477-min.JPGDSC_2473-min.JPGDSC_2471-min.JPGDSC_2469-min.JPGDSC_2467-min.JPGDSC_2427-min.JPGDSC_2416-min.JPGDSC_2415-min.JPGDSC_2410-min.JPGDSC_2404-min.JPGDSC_2395-min.JPGDSC_2386-min.JPGDSC_2382-min.JPG

 

Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSAN) dengan kerjasama JPS Kedah diadakan di Dataran Hadapan Kompleks Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 21 Mac 2023.

Program yang bertemakan 'Accelerating Change' ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. Turut hadir ialah Exco Kerja Raya, Tenaga, Bekalan Air, Sumber Air, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, YB. Tuan Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria, Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Exco Penerangan, Komunikasi & Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Pengarah LSANK, Pengarah JPS Negeri Kedah dan Ketua-ketua Jabatan serta Agensi.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Pameran Mini, LSANK Fun Run 2023, Persembahan Maskot Sumber Air, River Cruise, Explorace serta cabutan bertuah.

JPS Kedah turut serta menjayakan mini pameran dalam program tersebut dengan mempamerkan produk Inovasi SPORAC, Projek Empangan Sabo, Projek Skim Pemindahan Air Jeniang dan NAWABS.
Selain JPS, program ini juga disertai oleh beberapa agensi lain seperti Syarikat Air Darul Aman (SADA), Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah (PTG), Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah (PLANMALAYSIA@KEDAH), Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah (JAS), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG).

#JPSMalaysia
#Jayakanperkhidmatansempurna


Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023