Satu lawatan kerja ke Tapak Projek Pembinaan Constructed Wetland oleh Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) JPS Malaysia telah diadakan pada 16 Mei 2023 di Pantai Chenang, Langkawi.
Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS), JPS Malaysia, Ir Marenawati Bt Abd. Malek, pegawai-pegawai dari BPLS dan JPS Kedah. Turut hadir bersama ialah Jurutera Daerah JPS Langkawi.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melihat skop projek yang melibatkan pembinaan cell wetland bagi meningkatkan kualiti air, mengurangkan pencemaran sungai serta menilai keberkesanan keseluruhan projek.
lawatan kerja ke Tapak Projek Pembinaan Constructed Wetland
- Aliff
- BERITA
- Hits: 49