KURSUS PENGENDALIAN CAR ANALYSIS DIAGNOSIS
Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) JPS Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Pengendalian Car Analysis Diagnosis bertempat di Worksyop BPME JPS Kedah pada 16 Ogos 2023. Peserta kursus ini terdiri daripada Penolong Jurutera, Pembantu Kemahiran, Pemandu Kenderaan dan Lori serta Pembantu Am dari Daerah-daerah dan Bahagian di JPS Kedah.
Kursus ini diadakan setelah BPME JPS Kedah diluluskan peruntukan bagi perolehan aset Car Analysis Diagnosis oleh Pejabat Kewangan Negeri Kedah dalam bajet 2023.
Tujuan kursus ini adalah bagi memberi pendedahan kepada kakitangan terlibat cara yang betul untuk membuat pemeriksaan kenderaan dan menganalisa kerosakan menggunakan alat tersebut.
Taklimat ini telah disampaikan oleh tenaga pengajar pakar dari syarikat pembekal alat tersebut.
Kursus ini telah dirasmikan oleh Pen. Pengarah BPME JPS Kedah, En. Rosydi bin Muin manakala majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Pen. Pengarah BPME JPS Kedah, Ir. Ts. Muhammad Afif bin Halim.
#JPSMalaysia
#jayakanperkhidmatansempurna
KURSUS PENGENDALIAN CAR ANALYSIS DIAGNOSIS
- Aliff
- BERITA
- Hits: 320