Kursus Perancangan Rekabentuk Empangan Sabo dan SABKA telah diadakan di Avillion Hotel, Cameron Highland selama 3 hari bermula 15 hingga 17 Ogos 2023.
Kursus ini melibatkan kehadiran pegawai-pegawai dari Bahagian Pengurusan Lembagan Sungai (BPLS) JPS Malaysia, Pusat Ramalan Amaran Banjir Negara (PRAB), BPEN, LSANK serta Ketua-Ketua Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah JPS Kedah. Kursus ini telah disampaikan oleh Perunding Mega Consult Sdn Bhd dan Solution Sdn. Bhd. dan dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPS Kedah, Ir. Hj. Nasser bin Salim.
Dalam kursus tersebut, Timbalan Pengarah Kejuruteraan JPS Kedah, Ir. Mohamad Suaimi bin Ramli turut berkongsi ilmu dan pengalaman beliau berkaitan 'sediment related disaster' semasa mengikuti Kursus Disaster Risk Management anjuran JPA-JICA di Jepun selama 2 minggu pada Julai 2023.
Sebelum sesi penutup, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Sektoral BPEN, Dr. Mohd Rezal bin Dato' Paduka Haji Rasli turut memberi ucapan bagi mewakili pihak Kerajaan Negeri Kedah. Dan diakhiri dengan ucapan penutup kursus oleh Tn. Timbalan Pengarah Kejuruteraan JPS Kedah, Ir. Mohamad Suaimi bin Ramli.
#JPSMalaysia
#jayakanperkhidmatansempurna
Kursus Perancangan Rekabentuk Empangan Sabo dan SABKA
- Aliff
- BERITA
- Hits: 343