Majlis Persaraan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Bagi Tahun 2023
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Persaraan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JPS Negeri Kedah bagi tahun 2023 pada 19 November 2023 bertempat di Kedah Golf Club, Kedah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa disusuli dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Hj. Nasser bin Salim. Majlis diteruskan dengan meraikan 26 orang pesara JPS yg telah dan akan bersara tahun 2023 dengan pemberian sijil dan hadiah cenderahati daripada JPS Negeri Kedah sebagai tanda kenang-kenangan.
Majlis turut menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 29 orang pegawai dan kakitangan dari JPS bahagian dan daerah yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang bagi tahun 2022.
Seusai acara penyampaian hadiah dan sijil, majlis diakhiri dengan acara fotografi dan jamuan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima APC dan pegawai yang bersara tahun 2023. Semoga dengan penerimaan anugerah ini menjadi perangsang dan pemangkin untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan.
#JPSMalaysia
#jayakanperkhidmatansempurna