MAJLIS PERJUMPAAN DAN AMANAT TUAN PENGARAH JPS KEDAH BERSAMA PEGAWAI & KAKITANGAN JPS KEDAH DAN TAKLIMAT PELAN ANTI RASUAH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

MAJLIS PERJUMPAAN DAN AMANAT TUAN PENGARAH JPS KEDAH BERSAMA PEGAWAI & KAKITANGAN JPS KEDAH DAN TAKLIMAT PELAN ANTI RASUAH KEDAH MAJLIS PERJUMPAAN DAN AMANAT TUAN PENGARAH JPS KEDAH BERSAMA PEGAWAI & KAKITANGAN JPS KEDAH DAN TAKLIMAT PELAN ANTI RASUAH KEDAH 
Majlis Perjumpaan Dan Amanat Tahun Baru Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah Tahun 2024 telah diadakan pada 04 Februari 2024 bertempat di Tingkat 12, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Majlis ini dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan JPS Negeri Kedah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamatkan Sultan dan Lagu Perkhidmatan Awam. Seterusnya Ikrar Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Tuan Jurutera Daerah Kota Setar/Pendang/Yan, En. Ahmad Azri bin Salleh.
Majlis diteruskan dengan taklimat “Pelan Anti Rasuah Kedah” oleh Pengarah JITU Negeri Kedah, Puan Balkhis binti Abu Bakar. Taklimat ini diadakan bertujuan memberi penerangan dan meningkatkan kefahaman kepada lapisan pegawai bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan berasaskan tadbir urus yang baik serta mewujudkan persekitaran pekerjaan yang bersih dan amanah.
Seusai taklimat, majlis diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Tuan Pengarah JPS Kedah, En. Ahmad Solihin bin Budarto. Tuan Pengarah dalam amanat beliau menzahirkan ucapan syabas dah tahniah kepada seluruh warga JPS Negeri Kedah yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2023 dengan cemerlang. 
Beliau memaklumkan tentang perubahan dalam struktur Kementerian, prestasi kewangan dan pelaksanaan projek-projek untuk tahun 2023. Selain itu, pengiktirafan selayaknya diberikan terhadap acara dan program yang disertai oleh Jabatan untuk tahun 2023 dan hala tuju JPS Kedah untuk tahun 2024. Tuan Pengarah turut menyeru semua pegawai dan kakitangan sentiasa cakna dengan setiap aduan dan surat layang yang diterima oleh Jabatan. Selain itu, budaya kerja secara musyarawah perlu dititik beratkan agar setiap solusi masalah dapat diselesaikan bersama. Perjumpaan bersama staf perlu kerap diadakan bagi mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara staf di samping mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan kondusif.
Semoga semua pegawai dan kakitangan JPS Kedah dapat mengekalkan momentum kejayaan yang dicapai pada tahun 2023 dan meneruskan lagi usaha-usaha kecemerlangan pada tahun 2024 dengan lebih positif dan optimis.

#JPSKedah
#JPSMalaysia
#jayakanperkhidmatansempurna


Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023