Sempena menyambut ketibaan bulan mulia Ramadhan 1438H, JPS Kota Setar/pendang/Yan/Pokok Sena telah mengadakan Program Ihya Ramadhan bertempat di perkarangan Rumah Pam Sungai Raja. Program yang di hadiri seramai 50 kakitangan JPS KS/P/Y ini adalah sebahagian dari Program Penerapan Nilai - Nilai Islam. Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan Yang Berbahagia Ustaz Hj Mohd Isa bin Hj Abd Rahman. Beliau merupakan Imam 1 masjid Zahir Alor Setar. Ceramah disampaikan secara santai atas permintaan penceramah sendiri.
PROGRAM IHYA RAMADHAN 1438H
- KSPY
- BERITA
- Hits: 2890