JPS Kedah Raih 2 Emas, 3 Perak dan 4 Gangsa
Kontijen JPS Kedah telah berjaya meraih 2 Pingat Emas di Temasya Sukan Dwi Tahunan JPS Malaysia kali yang ke 13 melalui acara Karom Wanita dan Sepak Takraw Lelaki Veteran. Dalam temasya yang telah diadakan pada 23 dan 24 Ogos 2014 di Bangi juga JPS Kedah berjaya membawa pulang 3 perak dan 4 gangsa. Pingat perak melalui acara Sepak Takraw Terbuka, Dart Lelaki dan Kayak Wanita. Pingat Gangsa melalui acara Futsal, Merentas Desa, Snooker Individu dan Snooker Bergu. Tahniah kepada mereka yang berjaya.
JOHAN SEPAK TAKRAW LELAKI VETERAN
JOHAN KAROM WANITA