MAKLUMAN!!!
KENYATAAN MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE FASA 1 NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2021.
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor di Negeri Kedah yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera daripada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan dan telah berdaftar dengan Aplikasi iDAFTAR mulai 17 Januari sehingga 31 Mac 2021 untuk menyertai tawaran berikut:-
MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI SECARA ONLINE FASA 1 NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2021
1. Majlis Cabutan Kerja Undi Secara Online Fasa 1 Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2021 akan diadakan pada 28 Februari 2021 dan 1 Mac 2021 bertempat di Dewan Perbendaharaan, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah , Aras 3, Blok E, Wisma Darul Aman. Bagi kontraktor-kontraktor yang telah berdaftar dan membuat bayaran melalui sistem Pendaftaran Kontraktor / Pembekal / Firma Perunding secara atas talian (Aplikasi iDAFTAR) adalah layak untuk memasuki kerja undi ini. Tarikh iklan adalah pada 21 Februari hingga 23 Februari 2021. Anda diminta untuk log masuk ke dalam Aplikasi iDAFTAR dan pilih butang “KERJA UNDI” pada 23hb Februari 2021, jam 12.01 Pagi hingga 11.59 Malam dan bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM 10.00. Mana-mana kontraktor yang belum berdaftar dengan Aplikasi iDAFTAR hendaklah mendaftar terlebih dahulu melalui url: http://idaftar.kedah.gov.my. Sila rujuk Panduan Pengguna terlebih dahulu dengan teliti sebelum mendaftar.
2. Tarikh dan Masa bagi Cabutan Undi Secara Online adalah seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 28 Februari 2021
Masa : 2.00 Petang
Tarikh : 1 Mac 2021
Masa : 8.00 Pagi
Tempat/URL : Facebook WARTA KEDAH melalui url:
3.Senarai Kerja Undi dan syarat kelayakan boleh dimuat naik seperti dibawah :
ii.Kuala Muda https://cloud.kedah.gov.my/index.php/s/jL9WAzkW4FrzF6q
iii.Kubang Pasu https://cloud.kedah.gov.my/index.php/s/rH4JwTD3nXl63Vu
vi.Pokok Sena https://cloud.kedah.gov.my/index.php/s/i6DZeotRBLdqHU3
ix.Padang Terap https://cloud.kedah.gov.my/index.php/s/3Cc2ovSDGToW5bW
xii. Bandar Baharu https://cloud.kedah.gov.my/index.php/s/cPEreRfrlxZ78eg
Sumber : Kerajaan Negeri Kedah.