Makmal Penyediaan Rancangan Malaysia ke 11 JPS Kedah telah diadakan pada 7hb. hingga 9hb. Februari 2015 bertempat di Adya Hotel, Kuah, Langkawi. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 50 orang pegawai-pegawai yang terlibat dalam berbagai fungsi jabatan bagi menyediakan maklumat mengenai projek yang disenaraikan untuk Rancangan Malaysia ke 11. Makmal yang diadakan kali ini mendapat bantuan dari Profesor Dr. Kamarulazizi Ibrahim, Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global, Universiti Sains Malaysia bagi menjana Metrik Kerangka Logik (LFM) dan Indeks Kreativi (CI) projek. Makmal ini juga telah menerima kunjungan mengejut oleh Y.B. Dato' Hj. Badrul Hisham bin Hashim, Pengerusi Sumber Air, Bekalan Air dan Tenaga. Turut serta dalam lawatan berkenaan adalah Dato' Fuzi bin Muhidin, Pegawai Daerah Langkawi yang juga bekas Pegawai Tadbir JPS Kedah. Rombongan ini disambut oleh Tuan Pengarah JPS Kedah. Taklimat disampaikan oleh Tuan Timbalan Pengarah I.
MAKMAL PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE 11 JPS KEDAH
- zaki
- BERITA
- Hits: 3302