Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bisnes JPS Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Sabri bin Abdul Mulok ke Projek Kerja-Kerja Pemulihan Akibat Bencana Banjir Lumpur Kesan Fenomena Kepala Air di Daerah Yan dan Kuala Muda pada 17 November 2021.
Lawatan kerja ini bertujuan bagi meninjau kemajuan status pelaksanaan kerja-kerja di tapak bina serta membincangkan isu-isu teknikal bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek ini.
Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, pegawai-pegawai dari BPLS, PRABN dan JPS Negeri Kedah.