Majlis Penyerahan Tapak Projek Pembinaan Empangan Sabo Di Daerah Yan dan Kuala Muda Fasa 1 telah diadakan pada 15 Disember 2021 di Titi Hayun, Yan Kedah. Majlis dihadiri oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air yang telah mengadakan lawatan kerja di sekitar kawasan Titi Hayun bagi meninjau keadaan terkini kawasan tragedi kepala air Gunung Jerai.
Turut hadir semasa majlis ini ialah YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, YBhg. Dato’ Haji Norizan bin Khazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah Darul Aman, YBrs. Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Md. Nasir bin Hj. Md. Noh, Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan dari KASA dan JPS Malaysia, Pengarah JPS Kedah dan pegawai-pegawai dari Jabatan Kerajaan Negeri dan JPS Kedah.