Laporan Misi Bantuan Bencana Selangor oleh JPS Kedah
Kemaskini : 21/12/2021 (Selasa) jam 1800
JPS Negeri Kedah melalui pasukan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (BPME) telah menggerakkan pasukan bantuan ke kawasan bencana di Taman Sri Muda, Selangor pada malam 20/12/2021 (Isnin) dan telah tiba pada pagi 21/12/2021(Selasa). Misi bantuan ini membawa bersama pasukan teknikal serta aset berupa Pam Diesel berkapasiti 5 Cusec beserta paip hantaran bagi membantu mengeluarkan air banjir dari kawasan yang terjejas banjir ke Sungai Klang.
Pasukan JPS Kedah merupakan antara pasukan terawal yang tiba bagi membawa peralatan pam ke lokasi terjejas. Pam-pam yang dipasang telah berjaya mengurangkan kesan banjir di kawasan tersebut. Terdapat 2 pasukan yang digerakkan bagi misi bantuan ini iaitu :
TEAM A
Kekuatan Jentera:
1.Lori Berkren VCH 6264
2. 2 set Pam Diesel berkapasiti5 Cusec & Paip hantaran
Kekuatan Anggota:
1. Penolong Jurutera (Mohamad Hafiz bin Hassan)
2. Tukang Kanan (Khairi bin Mat Daud)
3. Chargeman (Mohd Fitri bin Ibrahim)
4. Pemandu Lori (Rashidi bin Azmi)
5. Pembantu Operasi (Mohd Dani bin Samin)
TEAM B
Kekuatan Jentera :
1. Lori Berkren KBU 4001
Kekuatan Anggota :
1. Pemandu Lori (Mohd Izzudin bin Inus Meah)
2. Pembantu Operasi (Muhammad Adib bin Harun)
Semoga segala urusan dipermudahkan.