Makluman Dan Perhatian

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Makluman Dan Perhatian

Penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri pantai Barat Semenanjung Malaysia disaran agar lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku dalam tempoh empat hari bermula pada 2-5 Januari 2022 (Ahad-Rabu).

Walaupun kejadian fenomena air pasang besar pada kali ini berskala lebih kecil berbanding bulan November yang lalu, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak yang akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai (coastal flooding). Kawasan-kawasan yang berisiko adalah di Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) dan Johor (Batu Pahat dan Pontian).

Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit. Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan.

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Zon Pantai,
Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia.

Mungkin imej teksMungkin kartun teks yang berkata 'PR.KASA 02/2022 UNTUK SIARAN SEGERA JANUARI 2022 Maklumat Tambahan FENOMENA AIR PASANG BESAR Sumber Jabatan Pengairan Saliran Malaysia Unit Pengurusan dan institut urutera Malaysia'Mungkin imej air dan teks yang berkata 'PR.KASA 02/2022 UNTUK SIARANSEGERA JANUARI 2022 SEGERA BAGAIMANA AIR PASANG BESAR BOLEH TERJADI Pantai Air pasang surut terjadi oleh putaran bumi dan tarikan gravity bulan. Malaysia lazimnya mengalami pasang surut sebanyak kali sehari. Air pasang besar pula biasanya terjadi semasa bulan penuh atau anak bulan. Apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan dalam keadaan selari, fenomena air pasang besar akan terjadi. AIRSURUT AIR PASANG AIRPASANG AIR SURUT FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA BANJIR PESISIR PANTAI Banjir hanya berlaku apabila air pasang besar disertai dengan angin kuat dan hujan lebat HUJAN LEBAT ANGIN KUAT'Mungkin imej peta dan teksMungkin imej kawasan luar dan teksMungkin kartun teks yang berkata 'R.KASA 02/2022 UNTUK SIARAN SEGERA JANUARI 2022 APAKAH TINDAKAN YANG PATUT DI AMBIL? SEBELUM BANJIR Tutup suis utama dan di tinggi. Pastikan saluran najis bertutup. Simpan dokumen penting yang selamat Persiapkan safetykit& makanan. Ketahuitempat yang selamat. SEMASA BANJIR Berpindah awal sebelum air pasang besar. dengan pihak berkuasa, Bawa bat-ubatan dan dokumen jika perlu. SELEPAS BANJIR Pulang kediaman anda setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa. Pantau struktur angunar anda. Jika terdapat tau kerosakar hubungi pihak indakan satau sehingga dibersihkan dan kering. sarung tangan kasut pembersihan.'


Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-733 3433
Fax : +60 4-731 4011
Email : pro[at]didkedah[dot]gov[dot]my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 September 2021