TAKLIMAT GOVERNMENT GREEN PROCUREMENT (GGP) KEPADA PENGURUSAN ATASAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI JPS KEDAH PADA 10 JAN 2022
Satu taklimat berkaitan Government Green Procurement (GGP) telah diadakan pada 10 Januari 2022 kepada Pengurusan Atasan, Pegawai-pegawai di Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah di JPS Kedah.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) JPS Kedah, En Mohd Jasni bin Ilias bertujuan untuk memberi penerangan dan memperkasakan perlaksanaan teknologi hijau di bahagian dan daerah-daerah di JPS Kedah. Di samping itu, turut diadakan perbincangan berkaitan produk-produk hijau yang boleh digunapakai dalam perolehan kerja dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh bahagian dan daerah.