𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐀𝐏𝟏𝟖𝟐 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐊𝐑𝐈𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐆 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐑𝐀𝐈, 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
Sesi Penyerahan Projek Membina Sebuah Jambatan Konkrit Di Kg Pantai Prai, Sungai Petani oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar JPS Malaysia, YBhg Ir. Hajah Bibi Zarina bt Che Omar kepada Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, En. Norshuhaidy bin Shabudin pada 16 Februari 2022.
Jambatan konkrit ini telah siap dibina pada 22 Jun 2021 dengan kos sebanyak RM1,989,074.90. Projek ini menghubungkan antara Kg Pantai Perai, Daerah Kuala Muda dengan Kg Terat Batu, Daerah Kulim, Kedah.
Turut hadir pada sesi ini ialah Encik Rozaimie bin Abd Rahim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) mewakili Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda, Kedah.