LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH NAHRIM KE PROJEK PEMBINAAN EMPANGAN SABO DI DAERAH YAN DAN KUALA MUDA, KEDAH PADA 13 MAC 2022LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH NAHRIM KE PROJEK PEMBINAAN EMPANGAN SABO DI DAERAH YAN DAN KUALA MUDA, KEDAH PADA 13 MAC 2022
Lawatan Kerja oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah NAHRIM ke Projek Pembinaan Empangan Sabo di Daerah Yan dan Kuala Muda Kedah pada 13 Mac 2022. Lawatan bertujuan untuk meninjau pelaksanaan kemajuan projek dan membincangkan isu-isu teknikal di tapak.
Turut mengiringi YBhg Dato ialah Mantan Tuan Pengarah JPS Kedah, Ir. Hj. Md Khuzai bin Hussain, Timbalan Pengarah Pembangunan, Jurutera Daerah Kota Setar/Pendang/Yan, pegawai-pegawai dari NAHRIM, JPS Kedah serta pihak perunding.