Lawatan Kerja oleh YB Dato' Paduka Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Naim ke Projek Menaiktaraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pengairan Pulai, Daerah Baling pada 15 Mac 2022.
Turut mengiringi YB Dato' Paduka ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) YBhg. Dato' Hj. Norizan bin Khazali, Pegawai Daerah Baling Tuan Hj. Mohamad Shahadan bin Hj. Abdullah, Jurutera Daerah JKR Baling dan Pegawai-pegawai JPS Negeri Kedah.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta membincangkan isu halangan binaan struktur di dalam right of ways (row) jajaran pembinaan.










