Program kesedaran alam sekitar bersama pelajar sekolah menengah daerah Kota Setar telah diadakan pada 18 November 2014 bertempat di Sungai Lubok Kasai, Yan, Kedah. Seramai 120 pelajar dari SMK Sultanah Asma dan SMK Tunku Sofiah telah menyertai program ini. Pelajar - pelajar telah diterapkan tentang kepentingan alam sekitar melalui ceramah serta latihan praktikal. Pelajar-pelajar kemudiannya berpeluang menjalankan ujian kualiti air menggunakan kaedah pemerhatian, ujian kimia dan melalui petunjuk biologi.