SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA JPS DAERAH KOTA SETAR/PENDANG /YAN DIRASMIKAN OLEH YBRS. TUAN PENGARAH JPS KEDAH DI RUMAH PAM ALOR MALAI, SUNGAI ANAK BUKIT, ALOR STAR, KEDAH
Sambutan Hari Air Sedunia JPS Daerah Kota Setar/Pendang/Yan pada 23 Mac 2022 telah disempurnakan oleh Ybrs. Ir. Hj. Nasser bin Salim, Pengarah JPS Kedah. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengarah diikuti bacaan ikrar dipimpin oleh Pen Jurutera Daerah, En Zulkiffli bin Mustaffa.
Program diteruskan dengan aktiviti senamrobik, gotong royong mengutip sampah, mengecat dan membersihkan kawasan di sekitar Rumah Pam Alor Malai. Turut diadakan pertandingan mewarna untuk pelajar-pelajar sekolah.