BENGKEL PEMANTAPAN PROSES PEROLEHAN KERJA JPS KEDAH DARI 27 HINGGA 29 MAC 2022
Bengkel Pemantapan Proses Perolehan Kerja JPS Kedah telah diadakan dari 27 hingga 29 Mac 2022 di Hotel Star City, Alor Setar. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi), JPS Kedah Ir Shardani bin Salleh.
Tujuan bengkel diadakan untuk menyelaras prosedur tatacara perolehan kerja merujuk kepada pekeliling terkini, mengemaskini dan menyeragamkan standard dokumen sebutharga dan penilaian sebutharga serta mengemaskini senarai semak dokumen pembayaran.
Bengkel ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pembangunan, Pen Pengarah Kanan Bhgn Pembangunan, Juruukur Bahan dan Unit Kewangan disertai oleh Ketua-ketua Bahagian, Jurutera Daerah, Penolong Jurutera Daerah, Penolong Jurutera, Unit Ukur Bahan, Unit Kewangan dan pegawai-pegawai yang terlibat dengan perolehan dan kewangan di JPS Kedah.


















