MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI KEDAH (JTJPS) BIL 1/2022 PADA 31 MAC 2022
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan JPS (JTJPS) Negeri Kedah Bil 1/2022 telah diadakan pada 31 Mac 2022. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Kedah, YBrs. Ir. Hj. Nassir bin Salim dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi, Timbalan Pengarah Pembangunan, Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah, Penolong Jurutera Daerah, Penolong Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan JPS Kedah










