IMBAUAN KEMBALI SEJARAH SEMPENA #JPS90 PADA TAHUN INI!

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Imbauan kembali sejarah sempena #JPS90 pada tahun ini!

[ BAHAGIAN 3 ]

 

Pada tahun 1963, penubuhan Malaysia telah berlaku melaluigabungan Sabah dan Sarawak bersama Tanah Melayu. Oleh itu, pejabat Jabatan Parit & Taliair juga ditubuhkan di Sabah dan Sarawak.Keadaan Darurat telah diisytiharkan pada 5 Januari 1971 kerana bencana banjir besar telah melanda sebahagian besar Malaysia Barat pada masa itu. Langkah program tebatan secara besar-besaran, pengubahan aliran sungai, pembersihan, pengurusan pemeliharaan sungai dilakukan bagi mengurangkan risiko banjir.Ekoran dari banjir besar di seluruh negara pada tahun 1971, JPT telah diamanahkan untuk melaksanakan program tebatan banjir secara besar-besaran. Berikutan itu empangan dibina, sungai dikorek dan parit diperbaiki untuk mengurangkan banjir di bandar serta luar bandar. Lain-lain langkah termasuk mengubah aliran sungai, “river training”, pembersihan sungai dan pengurusan pemeliharaan sungai.Ketika sambutan Jubli Emas 50 Tahun JPT pada tahun 1982, JPT bersama JICA (Japan International Cooperation Agency) melaksanakan kajian terhadap Sumber Air Negara.

 

#JayakanPerkhidmatanSempurna 
#JPSMalaysia 
#KeluargaMalaysia
#JPS90
#Trivia

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023