Pagi ini melawat ke Kg Tok Weng di daerah Baling bagi meninjau beberapa kawasan yang berisiko banjir di sekitar kawasan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pengairan Pulai.
Beberapa aduan dan rungutan juga turut diterima daripada beberapa wakil penduduk dan wakil pengusaha perniagaan di beberapa kawasan sekitar, semasa sesi dialog bersama penduduk.
Hasil daripada tinjauan, beberapa masalah telah dapat dikenalpasti dan sedang dalam tindakan Jabatan Pengairan dan Saliran ("JPS") bagi mengelakkan kejadian daripada berulang.
Antara punca kejadian banjir di kawasan sekitar ialah terimaan limpahan air dalam kuantiti yang banyak daripada beberapa sungai utama yang tidak dapat ditampung oleh sistem saliran sungai dan pengairan sedia ada tambahan pula ketika kerja-kerja Menaiktaraf Pengairan Pulai masih sedang dijalankan.
Tindakan segera akan diambil oleh JPS serta Jabatan Kerja Raya ("JKR") , akan tetapi terdapat juga beberapa masalah yang memerlukan permohonan baru yangperlu dibuat kajian selanjutnya.
Turut mengiringi ialah YB Nasir Idris, ADUN Bayu, Pegawai Daerah Baling, TuanHj Mohamad Shahadan bin Hj Abdullah, Jurutera JPS Daerah Baling/ Sik /Kuala Muda En Zainuddin Bin Ali dan pasukan JPS Negeri Kedah.
"Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua"
#KakSuBerkhidmat#KeluargaMalaysia
MELAWAT KE KG TOK WENG DI DAERAH BALING
- zaki
- BERITA
- Hits: 950