4 Mei 2022 – Alor Setar : Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (BPME) JPS Kedah telah ditugaskan untuk memantau dan mengurangkan banjir kilat dan air bertakung di sekitar Kawasan Makam Diraja Langgar sempena keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan kerabat baginda bagi menziarahi Makam Diraja Langgar sempena Hari Raya Aidilfitri 1443H.4 Mei 2022 – Alor Setar : Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (BPME) JPS Kedah telah ditugaskan untuk memantau dan mengurangkan banjir kilat dan air bertakung di sekitar Kawasan Makam Diraja Langgar sempena keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan kerabat baginda bagi menziarahi Makam Diraja Langgar sempena Hari Raya Aidilfitri 1443H.Kerja-kerja persediaan dan pemantauan bermula sejak 2 Mei 2022. Aset-aset dan kelengkapan JPS Kedah telah digerakkan ke lokasi berupa lori berkren dan set-set pam pelbagai saiz beserta paip hantaran bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir dan air bertakung di lokasi tersebut.Pasukan BPME JPS Kedah yang bertugas diketuai oleh KPP Mekanikal, Ir. Ts. Muhammad Afif bin Halim beserta pasukan berkemahiran Mohd Asri bin Hamid, Suhaimi bin Ismail, Mohd Hanif bin Hussain dan Mohammad Izzudin bin Inus Meah.
KERJA-KERJA PERSEDIAAN DAN PEMANTAUAN BERMULA SEJAK 2 MEI 2022
- mohd zamri
- BERITA
- Hits: 1150