TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KUMPULAN KEDAH HYDRO DENGAN PRODUK SPORAC DARI JPS KEDAH!

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

284467595_393078782859071_4149245762121987513_n.jpg284420034_393078889525727_5314882949989682860_n.jpg284374320_393078729525743_77955065205862809_n.jpg284343321_393078969525719_9068396752746749122_n.jpg284192211_393078669525749_3536873025269106690_n.jpg284092744_393078829525733_7893353811232635791_n.jpg

INTERNATONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX) 2022
πˆπ“π„π— - (33rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition) telah diadakan pada 26 hingga 27 Mei 2022 bertempat di Hall 1 & 2, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Pertandingan berprestij ini telah dianjurkan sejak tahun 1989 dan merupakan platform kepada pereka cipta dan penyelidik untuk mengkomersilkan rekacipta dan inovasi masing-masing di persada antarabangsa. Majlis Perasmian Pembukaan di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Turut hadir ke Majlis Penyampaian Anugerah Malam Budaya Cipta adalah YBhg. Dato’ Ir. Sabri Bin Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta wakil-wakil pemenang daripada Ir Ts Dr Hj Muhammad Khairudin bin Khalil - Pengarah Bahagian Audit Prestasi JPS Malaysia, Ir Hj Nasser bin Salim - Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Kedah dan YM Raja Redzuan Shah bin Raja Iskandar Shah - Jurutera Daerah Kuala Langat, Selangor.
Pertandingan ini melibatkan penyertaan dari peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pada tahun 2022 ini, dua (2) kumpulan telah mewakili JPS Malaysia bagi menyertai pertandingan ITEX 2022 di dalam kategori Invention & Design Competition (IDC) dan memenangi dua (2) Pingat Emas dan satu (1) Pingat Khas.
Butiran adalah seperti berikut :
PINGAT KHAS
Best Invention - Research Institutions
1. Smart Trash Screen (STS) , JPS Daerah Kuala Langat, Selangor
PINGAT EMAS
Kategori IDC
1. Smart Portable Rainfall Counter (SPORAC), JPS Negeri Kedah.
2. Smart Trash Screen (STS) , JPS Daerah Kuala Langat, Selangor.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. Kejayaan ini perlu dimanfaatkan untuk kegunaan masyarakat dan industri supaya produk inovasi yang dihasilkan tidak disia-siakan semata-mata untuk pertandingan kemahiran sahaja.

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

Β© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023