Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia adalah merupakan program tahunan yang bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada semua kakitangan Pengurusan dan Profesional (Gred J48 ke atas), Jurutera Daerah, Pegawai Kader dan Pegawai Perhubungan Awam berkumpul di samping berbincang dan menambah pengetahuan berhubung isu-isu semasa Jabatan. Persidangan kali ke-30 ini akan melibatkan hampir 400 peserta dari seluruh Malaysia.
Objektif persidangan ini adalah:
1. Sebagai platform untuk menyebarkan polisi strategi dan pendirian jabatan dalam isu-isu semasa yang berkaitan dengan fungsi-fungsi jabatan
2. Untuk mendapatkan maklum balas secara terus terhadap perlaksanaan polisi-polisi baru serta maklum balas terutama daripada pengurus kanan jabatan
3. Untuk berkongsi dan bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam usaha berterusan jabatan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.