Mesyuarat dan Sesi Lawatan Tuan Pengarah JPS Kedah, Tn. Ir. Hj Nasser bin Salim ke kawasan hakisan dan kerosakan tembok penahan Sungai Pasir Putih di Akademi Binaan Malaysia (ABM) pada 4 Julai 2022.
Sesi mesyuarat dan lawatan turut dihadiri oleh Jurutera Daerah Kubang Pasu/ Padang Terap, Ketua Pegawai Eksekutif ABM, Pengarah CIDB Negeri Kedah, Penolong Jurutera Daerah dan pegawai-pegawai CIDB.
Melalui hasil perbincangan dan lawatan tersebut, JPS Dearah Kubang Pasu/Padang Terap akan melaksanakan Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai Pasir Putih (ABM) bagi mengurangkan masalah hakisan di kawasan tersebut.