Dari Baling petang semalam, terus ke Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat pagi ini di Putrajaya.
Bersama dengan Delegasi Kedah, BPEN Kedah, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah) dan Syarikat Air Darul Aman bagi membincangkan perancangan pembangunan bekalan air, sumber air, pengairan dan saliran di Negeri Kedah bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Alam Sekitar & Air (Air & Pembentungan) , Dr Ching Thoo A/L Kim.
Antara agenda perbincangan adalah seperti berikut:
i. Pembentangan permohonan projek sumber air, pengairan & saliran di bawah RP3, RMK-12.
ii. Pembentangan perancangan pembangunan bekalan & sumber air Langkawi.
iii. Pembentangan Cadangan bagi melaksanakan Projek Saliran Mesra Alam, Taman Selasih Kulim secara off-budget.
Turut dibincangkan mengenai peruntukan Rancangan Tebatan Banjir Baling Fasa 2 yang telah diluluskan.