RAJA MUDA KEDAH TINJAU TRAGEDI KEPALA AIR BALING SABTU (09.07.2022)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

292381022_459116759548996_8925359829316309759_n.jpg292262771_459116809548991_8255642023236433637_n.jpg292212611_459116722882333_6304402971875703981_n.jpg292061261_459116829548989_8125779303522110506_n.jpg291986308_459116822882323_7897564377507880936_n.jpg291984176_459116756215663_1403709449344635441_n.jpg292757973_459116819548990_8196830820609014630_n.jpg292694405_459116849548987_3239885880180891298_n.jpg292579244_459116826215656_1511820873998302501_n.jpg292523821_459116832882322_1710586636613415623_n.jpg292471271_459116742882331_1634109168797489926_n.jpg

RAJA MUDA KEDAH TINJAU TRAGEDI KEPALA AIR BALING
SABTU (09.07.2022)
BALING - Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehudin dan Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff berkenan berangkat mencemar duli mengadakan lawatan dan menziarahi mangsa-mangsa bencana kepala air di Daerah Baling hari ini.
Dalam lawatan tersebut Tuanku berdua perkenan mendengar taklimat di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang diwujudkan di hadapan Tadika KEMAS Kampung Bendang Bechah. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Baling, Sup. Shamsudin Mamat dan Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah.
Sejurus selepas taklimat tersebut, Baginda berdua dibawa melawat tempat kejadian di Kampung Iboi yang teruk terjejas akibat kepala air dan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian yang disumbangkan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) kepada 112 keluarga terlibat.
Dalam lawatan ke kampung tersebut, Baginda berdua telah melakukan lawatan dan melintasi Jambatan Bailey yang baru siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dengan adanya jambatan tersebut, jalan yang terputus akibat bencana tersebut telah dapat dihubungkan semula dan sekaligus memudahkan penduduk tempatan menjalankan aktiviti harian mereka.
Baginda berdua yang turut berangkat bersama kedua-dua anakanda Baginda kemudiannya berkenan mengurniakan khidmat sosial membersihkan pekarangan Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang yang turut terjejas teruk akibat bencana tersebut.
Dalam pada itu, Baginda turut menyampaikan barangan dan wang tunai kepada penduduk yang terjejas akibat bencana kepala air tersebut.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Dan Sumber Manusia Negeri, Brigedier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Isahak Murat; Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Wan Hassan Wan Ahmad; Ketua-ketua Jabatan dan Agensi.
Ketika ditemui media, DYTM berdua menzahirkan ucapan takziah buat semua keluarga yang terlibat dan berharap mereka bersabar menghadapi ujian yang ditempuhi lebih-lebih lagi tragedi berkenaan berlaku ketika umat Islam sedang membuat persediaan menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha.
“Saya rasa berbangga kerana dalam mengharungi ujian ini, banyak pihak dari pelbagai agensi serta badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan berbesar hati turun membantu penduduk yang terjejas mengikut kemampuan dan fungsi agensi masing-masing.
“Diharap semua penduduk di negeri ini khususnya, sentiasa peka terhadap amaran dan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dari semasa ke semasa kerana kesiapsiagaan kita boleh membantu mengurangkan risiko sekiranya berlaku sebarang bencana alam," kata Baginda.

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-733 3433
Fax : +60 4-731 4011
Email : pro[at]didkedah[dot]gov[dot]my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 September 2021