Kewujudan denai di tepi sungai akan menggalakkan aktiviti riadah seperti berjoging, berkelah, memancing dan berbasikal dalam kalangan komuniti setempat. Kehadiran orang ramai di kawasan berkenaan akan menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa sampah sarap, di samping berpotensi menyumbang kepada ekopelancongan setempat.


