BAGAIMANA AIR PASANG BESAR BOLEH TERJADI?

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

292931619_413660104124657_7558797758835896873_n.jpg292723590_413660134124654_2145728901668269887_n.jpg293580685_413660170791317_2236496812701837777_n.jpg293380049_413660257457975_29498081824231771_n.jpg292865860_413660217457979_1266003516251384018_n.jpg

Penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri pantai Barat Semenanjung Malaysia disaran agar lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku dalam tempoh empat hari bermula pada 14-17 Julai 2022 (Khamis-Sabtu).
Keadaan ini akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak yang akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai (coastal flooding). Kawasan-kawasan yang berisiko adalah di Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) dan Johor (Batu Pahat dan Pontian).
Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih *berhati-hati* ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit. Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Zon Pantai
Ibupejabat Jabatan Pengairan dan Saliran

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023