LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT DATO’ PADUKA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KE JPS NEGERI KEDAH PADA 10 OGOS 2022

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

299025965_431690728984518_3535207092922625719_n.jpg299019475_431690915651166_66172742427924769_n.jpg298806824_431691248984466_2354296698872342472_n.jpg298752508_431690698984521_7147385691560552843_n.jpg298719809_431690952317829_4382470845017504083_n.jpg298592473_431690805651177_6864975665163068372_n.jpg298551258_431690868984504_7750839034207841053_n.jpg298535077_431690632317861_60179466639469024_n.jpg298459489_431690588984532_8490015785360350874_n.jpg298452568_431690662317858_2310914322777691948_n.jpg298350419_431690988984492_3848221122996884910_n.jpg298291441_431691218984469_6242161015160166177_n.jpg298067082_431691168984474_2748901720896594974_n.jpg297883414_431690828984508_5941513373925122789_n.jpg299155959_431690775651180_6357083533439673583_n.jpg299045338_431690542317870_3076863092560221387_n.jpg

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT DATO’ PADUKA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KE JPS NEGERI KEDAH PADA 10 OGOS 2022
Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja ke JPS Negeri Kedah pada 10 Ogos 2022. Kehadiran Yang Berhormat disambut oleh Tuan Pengarah JPS Negeri Kedah, Ir. Hj. Nasser bin Salim dan semua barisan pengurusan tertinggi JPS Negeri.
Pihak Jabatan berbesar hati mengalu-alukan dan berbangga kerana terpilih menjadi salah satu daripada jabatan Negeri Kedah yang dikunjungi dan dilawati oleh Yang Berhormat sebelum persaraan Yang Berhormat pada penghujung bulan Ogos.
Antara intipati amanat Yang Berhormat dalam ucaptama kepada pengurusan tertinggi serta wargakerja JPS adalah supaya semua wargakerja bekerja dengan lebih cekap, rajin dan mempercepatkan serta mempermudahkan segala urusan/prosedur kerja contohnya seperti Permohonan Kebenaran Merancang, Permohonan Pasir dan lain-lain bagi memastikan Kerajaan Negeri Kedah dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti,
terbaik
dan tidak membebankan rakyat.
Yang Berhormat turut menasihatkan semua pegawai kerajaan supaya sentiasa berintegriti dalam melaksanakan amanah serta mengamalkan sistem penyampaian yang lebih telus. Selain itu, Yang Berhormat turut menekankan rutin/etika kerja (work ethic) di pejabat agar semua penjawat awam tidak menangguhkan sesuatu kerja dan sentiasa memenuhi piagam pelanggan jabatan.
Jabatan sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat berkunjung ke JPS Negeri Kedah.

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023