
1.1 Puisi bertemakan โKepentingan Air dan Sungai Kepada Manusiaโ.
1.2 Peserta adalah WARGANEGARA Malaysia.
1.3 TERBUKA kepada wargakerja KASA, KeTSA dan MAFI serta agensi di bawahnya.
1.4 TERHAD kepada DUA RATUS (200) penyertaan terawal.
1.5 Setiap peserta BEBAS menulis puisi dalam BAHASA MELAYU mengikut tema dan syarat yang ditetapkan.
1.6 Setiap peserta perlu MELENGKAPKAN Borang Penyertaan Pertandingan Menulis Puisi Piala Pusingan Ketua Setiausaha KASA Sempena Sambutan 90 Tahun JPS Malaysia dan Hari Sungai Sedunia 2022 dan WAJIB melampirkan satu (1) salinan softcopy TEKS PUISI (dalam format pdf) melalui capaian berikut :
1.7 Penulisan puisi DIHADKAN antara 25 ~ 30 BARIS sahaja.
1.8 Penyertaan akan TERBATAL sekiranya peserta gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
1.9 Pihak penganjur BERHAK menukar atau menambah syarat-syarat sedia ada sekiranya perlu.
1.10 Puisi yang TERPILIH akan dimuatkan dalam Buku Antologi Puisi 90 Tahun JPS Malaysia.
1.11 Setiap peserta akan diberikan SIJIL PENYERTAAN.
1.12 Pemenang pertandingan akan menerima HADIAH dan SIJIL PENGHARGAAN.
1.13 Karya yang dihantar untuk dipertandingkan hendaklah KARYA ASLI penulis. Karya asli bermaksud tidak diciplak atau diubah suai daripada karya tempatan mahupun terjemahan.
1.14 Segala karya puisi yang dihantar adalah merupakan HAKMILIK sepenuhnya pihak Penganjur. Peserta adalah DILARANG menggunapakai mana-mana atau sebahagian karya puisi untuk apa-apa tujuan melainkan mendapatkan KEBENARAN BERTULIS daripada pihak Penganjur.
----
----
----
----
----
----






2.1 Pertandingan ini bermula pada 1 Ogos 2022.
2.2 TARIKH TUTUP pada 31 Ogos 2022 atau 200 jumlah penyertaan terawal (mana-mana yang terdahulu).
2.3 Pemenang akan dimaklumkan melalui emel dan portal www.water.gov.my
2.4 Keputusan Pemenang adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan adalah TIDAK DILAYAN.
2.5 Peserta boleh menghubungi URUS SETIA berikut untuk maklumat lanjut :-
a) En. Sayed Yazid b. S. Jamaluddin Safri (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau 012-650 6964); atau
b) En. Muhammad Arif Azraei bin Izzudin (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau 017-924 0369).
----
----
----
----
----
----








